adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar dan suaramu tersekat??
itu bukan cinta, itu SUKA
adakah kamu x dpt melepaskan pandangan matamu darinya??
itu bukan cinta, itu NAFSU
adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia d sana??
itu bukan cinta, itu KESEPIAN
adakah kamu mencintainya kerana itu yg di inginkan oleh semua org??
itu bukan cinta, itu KESETIAAN
adakah kamu tetap mengatakan kamu mencintainya kerana tidak ingin melukai hatinya??
itu bukan cinta, itu BELAS KASIHAN
adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat ??
itu bukan cinta, itu TERGILA-GILA
adakah kamu memaafkan kesalahannya kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya??
itu bukan cinta, itu PERSAHABATAN
adakah kamu mengatakan padanya bahawa setipa hari hanya dia yg kamu fikirkan??
itu bukan cinta, itu DUSTA
adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya??
itu bukan cinta, itu KEMURAHAN HATI
TETAPI
adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yg membutakan dan tak terfahami... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya??
itulah CINTA
apakah kamu menerima kesalahannya kerana itu bahagia dari dirinya dan siapa dirinya??
itulah CINTA
adakah kamu tertarik dengan org lain tapi setia denganya tanpa penyesalan??
itulah CINTA
adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat??
itulah CINTA
adakah kamu sakit dan hancur ketika dia sedih??
itulah CINTA
adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia??
itulah CINTA
adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk??
itulah CINTA
hanya untuk renungan bersama...
No comments:
Post a Comment