Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahadapi sakaratul maut.
Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia)..
Kaedah yang sepatutnya diamalkan
ialah:-
-i) Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah
Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.
-ii) Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang
mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
-iii) Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan
rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan
nyawa beliau.
-iv) Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau
untuk melafaz "Laa ila ha illallah".
-v) Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan
menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.
-vi) Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara
mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita
mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara
yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat........
Cara Menghilangkan Warna Pada Word
-
[image: Cara menghilangkan warna pada word]
Cara menghilangkan warna pada word
#2 Menggunakan Fitur 'Clear Formating' di Microsoft Word Copy dan paste
tek...
1 month ago
No comments:
Post a Comment